Monday, June 13, 2016

JDT vs FELDA Tahun 2015



Gambar kenangan semasa perlawanan bola sepak di antara JDT vs Felda tahun 2015.


Wednesday, May 30, 2012

Petua Makan untuk berdiet

Makan Pagi:
Makan lah kamu seperti seorang RAJA
-Mewah dari segi protien dan fiber
-Bihun sup/ Tosai n kari mamak/ sandwich dll

Makan Tengahari:
Makalah kamu seperti seorang PUTERI
-Memakan dengan melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Malan Malam:
Makanlah kamu seperti seorang HAMBA
-Biskut 4 keping atau roti 2 keping dan jangan lebih jam 10.00 mlm

Mengkuruskan Diri

Salam semua,
dah lama aku tak mecoretkan sesuatu. Sebenarnya sejak 1 Ramadham yang lepas aku sedang berusaha mengurangkan berat badan yang semakin obesiti. Perasaan tidak selesa dan susah untuk mencari pakaian dan risau akan datang nanti aku dijangkiti sebarang penyakit telah mendorong aku untuk memulakan projek mega nie hehehe... mega tang tidak makan.Berat aku ketika itu 114kg dan pernah menjangkau sehingga 119kg.

Bermula 1 Ramadhan: Malam sebelom tu biasalah aku bedal makanan semahu-mahunya, mana tak esok hari kan puasa. Kekurangan info kesihatan membuatkan aku mengambil keputusan untuk mulakan langkah berdiet dengan cara tidak menjamah sekutul nasik pon. Maknanya aku mulakan masa bersahur dengan 3 biji kurma dan sepinggan quaker oat. Disebabkan dengan sibok kerja seharian maka perot aku taklah terasa sangat lapar sehinggakan waktu berbuka. Apabila berbuka makanan yang aku pilih adalah 3 biji kurma bersama mee/ roti/ kuih/ makan lauk-lauk seperti sayur/ ikan/ ayam dalam kuantiti yang sederhana.

Keputusannya, sepanjang Ramadhan beratku mulai susut sebanyak 7 kilo. Alhamdulillah...Cabaran ke-2 yang di hadapi ketika menyambut bulan Syawal...lambakan makanan, ketupat, lemang, rendang, kuih raya, air karbonat dll. masyaallah~!!!! bergelora selera nie tgk my wife, anak-anak, adik-beradik makandan tambah...dan tambah....tp syukur alhamdulillah!!! godaan itu dapat aku tepis sedikit-demi sedikit. Aku mengatur lagi strategi dengan mempercepatkan puasa 6. Banyak open house yang aku pergi aku cuma menjamah nak jaga hati tuan rumah.....rambang mata apabila melihat pelbagai jenis hidangan dan hasilnya pada bulan syawal berat aku tiada penurunan....masih lagi 107kg. Alhamdulillah....maintain napaknyer hehehe..

Penjagaan makanan masih lagi aku kekalkan sehingga wife aku bersalin dan berpantang. Yess!!! inilah masanya dapat aku memperkemaskan diet aku dengan sama-sama menjaga makan seperti orang berpantang. Aku juga ada melakukan senaman ringan dengan berjoging sama ada di waktu pagi atau petang mengikut kelapangan.Keputusannya berat akau semakin susut kepada 103kg.

Awal bulan dua lepas selepas bertambahnya akitiviti baru iaitu bersenam ringan berat aku susut sehingga 99kg. Berjaya!!!...Berjaya...!!! walaupon aku tidak meletakkan sebarang sasaran, bagaikan tidak percaya.....tapi aku beranggapan apabila berat aku yang dulu 3 angka kini kembali 2 angka gembiranya ya Allah.....tuhan sahaja yang tahu.!!!! amin....amin!!!

Sehingga ke hari ini aku masih lagi mengamalkan gaya pemakanan yang sihat sambil mencari-cari info tambahan dan berat aku yang terkini ialah 96kg. Aku tidak menggunakan sebarang produk menguruskan berat badan...tidak meminum teh orang kampung....tidak menjalani apa-apa rawatan...cuma denag tidak memakan nasik. Makan lauk minom air kosong sambil bersenam ringan 2-3 kali seminggu.

Apa yang penting sebenarnya ialah kawalan minda kita bila berhadapan dengan nafsu makanan....percayalah produk-produk itu membantu jika anda memakannya....tetapi tidak dapat mengawal minda anda/ nafsu anda terhadap makanan....setelah susut sebanyak 18kg, aku rasa semakin sihat...semakin segar....tidak mengantuk....sekian

Friday, December 16, 2011

My Baby

Alhamdulillah,

Pada tanggal 12.12.2011 tepat jam 14.34PM wife aku selamat melahirkan anak kami yang ke-3. Hohoho.... awalnya pada pagi hari Isnin tu aku ngan wife kena hantar mak mertua ke Price Court Medical di KL untuk rawatan....otw balik tiba-tiba wife aku sakit (ada tanda2 nak bersalin) n aku apa lagi cuak lew....mau taknya dah 7 tahun dah berlalu hari ini telah tiba hari yang di nanti....

Masa tiba di Tol Kajang aku terus exit ke Hospital Serdang n direct ke Dewan Bersalin....(9.30am masa tiba). Masa sedang tunggu aku berkesempatan untuk masuk n menyaksikan sekali proses bagaimana seorang ibu mahu melahirkan anak....seram sejuk tapi aku kuatkan jugak sebab bak kata orang (dah ada pengalaman masa anak aku yang 1st) hehehe...

Proses hari ini sibuk jugak kena daftar kelahiran di JPN Putrajaya then ke HKL untuk dapatkan tarikh temu janji rawatan Pakar then last singgah ke KK Jln Semenyih untuk register baby dah lahir...


ILMAN SYAFI

Aikk...lupa pulak nak citer yang baby nie babby boy berat bersih 3.9kg (bersalin normal)...

Thursday, April 14, 2011




Kepala tengah runsing sebab baru hantar service kereta untuk 150,000km dan ganti gasket head. Nasib baik tak kena buat grainbal.... Lepas ni nak hantar untuk service aircond pulak, lowerd arm kiri kanan belom tukar lagi hahahaha.... duit!!! duit!!! dimana kau duit~!!.

Gambarajah ni untuk panduan jika kwn2 nak buat survey untuk bertukar suspension TRD Sportivo... ada beza untuk 1.0 dengan 1.3. share....

Friday, February 18, 2011

Size Tyre Myvi

Option 1 - Standard saiz 14R kepada 16R
(saiz yang diguna pakai oleh model Sirion keluaran Indonesia)

Option 2 - Standard saiz 14R kepada 16R

Option 3 - Standard saiz 14R kepada 17R


Option 4 - Standard saiz 14R kepada 17R

Standard saiz tayar Myvi adalah 175/65 R14. Jadi persoalannya bila kita nak menukar rim dan tayar kepada saiz-saiz yang lain. Kebiasaanya kita mesti mengekalkan ratio saiz tayar tidak lebih/ kurang dari 3% bagi mengelakan putaran yang jauh berbeza dari speedo meter. Contoh seperti gambar di atas.

Thursday, February 17, 2011

Itasha - Modifikasi Jepun





Itasha adalah asal perkataan jepun yang bermaksud ubahsuai kereta/ kenderaan dengan menampal sticker/ airbrush berkonsepkan kartun jepun terutama watak perempuan seksi seperti karaktor HATSUNE MIKU, LUCKY STAR, MARRIEGE ROYALE, RACING MIKU dll.
Trend Itasha ini berkembang pesat di jepun yang juga dianggap perintis datangnya dari 3 daerah iaitu di Akihibara (Tokyo), Nipponbashi (Osaka), atau Ōsu (Nagoya).

Bagi Peminat "itasha japan" ada kejutan untuk mereka kerana terdapat segelintir peminat yang berusaha untuk membawa gelombang itasha ke Malaysia telah wujud dan terdiri dari ahli sebuah kelab kereta dikenali sebagai Republic of Maharani. Kelab kereta ini yang lebih berbentuk frienship di asaskan di Muar, Johor dan tidak terhad kepada ahli-ahli dari Negeri Johor sahaja.

Semoga akan bertambah jumlah bilangan peminat itasaha di Malaysia.
Wassalam..

Friday, May 15, 2009

My CuZ



............ LoVe MyVi .................