Friday, December 16, 2011

My Baby

Alhamdulillah,

Pada tanggal 12.12.2011 tepat jam 14.34PM wife aku selamat melahirkan anak kami yang ke-3. Hohoho.... awalnya pada pagi hari Isnin tu aku ngan wife kena hantar mak mertua ke Price Court Medical di KL untuk rawatan....otw balik tiba-tiba wife aku sakit (ada tanda2 nak bersalin) n aku apa lagi cuak lew....mau taknya dah 7 tahun dah berlalu hari ini telah tiba hari yang di nanti....

Masa tiba di Tol Kajang aku terus exit ke Hospital Serdang n direct ke Dewan Bersalin....(9.30am masa tiba). Masa sedang tunggu aku berkesempatan untuk masuk n menyaksikan sekali proses bagaimana seorang ibu mahu melahirkan anak....seram sejuk tapi aku kuatkan jugak sebab bak kata orang (dah ada pengalaman masa anak aku yang 1st) hehehe...

Proses hari ini sibuk jugak kena daftar kelahiran di JPN Putrajaya then ke HKL untuk dapatkan tarikh temu janji rawatan Pakar then last singgah ke KK Jln Semenyih untuk register baby dah lahir...


ILMAN SYAFI

Aikk...lupa pulak nak citer yang baby nie babby boy berat bersih 3.9kg (bersalin normal)...

Thursday, April 14, 2011




Kepala tengah runsing sebab baru hantar service kereta untuk 150,000km dan ganti gasket head. Nasib baik tak kena buat grainbal.... Lepas ni nak hantar untuk service aircond pulak, lowerd arm kiri kanan belom tukar lagi hahahaha.... duit!!! duit!!! dimana kau duit~!!.

Gambarajah ni untuk panduan jika kwn2 nak buat survey untuk bertukar suspension TRD Sportivo... ada beza untuk 1.0 dengan 1.3. share....

Friday, February 18, 2011

Size Tyre Myvi

Option 1 - Standard saiz 14R kepada 16R
(saiz yang diguna pakai oleh model Sirion keluaran Indonesia)

Option 2 - Standard saiz 14R kepada 16R

Option 3 - Standard saiz 14R kepada 17R


Option 4 - Standard saiz 14R kepada 17R

Standard saiz tayar Myvi adalah 175/65 R14. Jadi persoalannya bila kita nak menukar rim dan tayar kepada saiz-saiz yang lain. Kebiasaanya kita mesti mengekalkan ratio saiz tayar tidak lebih/ kurang dari 3% bagi mengelakan putaran yang jauh berbeza dari speedo meter. Contoh seperti gambar di atas.

Thursday, February 17, 2011

Itasha - Modifikasi Jepun





Itasha adalah asal perkataan jepun yang bermaksud ubahsuai kereta/ kenderaan dengan menampal sticker/ airbrush berkonsepkan kartun jepun terutama watak perempuan seksi seperti karaktor HATSUNE MIKU, LUCKY STAR, MARRIEGE ROYALE, RACING MIKU dll.
Trend Itasha ini berkembang pesat di jepun yang juga dianggap perintis datangnya dari 3 daerah iaitu di Akihibara (Tokyo), Nipponbashi (Osaka), atau Ōsu (Nagoya).

Bagi Peminat "itasha japan" ada kejutan untuk mereka kerana terdapat segelintir peminat yang berusaha untuk membawa gelombang itasha ke Malaysia telah wujud dan terdiri dari ahli sebuah kelab kereta dikenali sebagai Republic of Maharani. Kelab kereta ini yang lebih berbentuk frienship di asaskan di Muar, Johor dan tidak terhad kepada ahli-ahli dari Negeri Johor sahaja.

Semoga akan bertambah jumlah bilangan peminat itasaha di Malaysia.
Wassalam..